pejam celik-pejam celik tetiba dah nak UPSR!!
haish takut giler!!
-inilah yg merunsingkan para pelajar (termasuk aku)
oleh itu aku pon nak bgi tips-tips ni untuk korang sume bca
dan amalkan..
TUJUH KECERDASAN (7 multiple intelligences)
Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan (Howard Gardner 1983):
1.Bahasa
2.Logik-matematik
3.Ruang (spatial)
4.Muzik
5.Kinestetil
6.Interpersonal
7.Intrapersonal
Ciri-ciri Tujuh Kecerdasan
Kecerdasan
Cerdas dalam
Pekerjaan
1. Bahasa
Menulis karangan, sajak, puisi, pantun, dan memberi ucapan.
Penulis, penyajak,, penceramah.
2. Logik matematik
Menaakul, kiraan, membuat analisis
Saintis, jurutera, akauntan.
3. Ruang (spatial)
Mencorak, melukis, mengukir
Pelukis, pengukir.
4. Muzik
Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik
Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.
5. Kinestetik
Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan.
Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon.
6. Interpersonal
Perhubungan manusia
Diplomat, ahli politik, peniaga.
7. Intrapersonal
Nilai murni, pendirian, falsafah.
Pengarang, penyajak, ahli falsafah.
Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.
TEKNIK-TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda.
Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan.
PERSIAPAN.
Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.
Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.
Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1’ atau ‘You Can Do It’.
Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills’ yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.
PAGI HARI PEPERIKSAAN
Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.
Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?
HARI PEPERIKSAAN
* Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan
Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.
Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.
Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.
Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab.
Tulis dengan jelas dan cepat
Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.
BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM PEPERIKSAAN.
Ia boleh diatasi dengan pencegahan
Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji
Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
Bernafas panjang dan dalam
Bersantai iaitu berehat
Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
Akibat kurang tidur, atau salah makan
Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.
KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA
Jaga masa tidur.
Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala.
Ambil angin sebentar
Basuh muka dengan air sejuk
MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN
SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
Persediaan lebih awal
Kawalan mental melalui latihan
Kawalan fizikal melalui latihan
Bersantai – mental/fizikal
Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
Rehatkan fikiran
Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik
MAKLUMAT PEPERIKSAAN
Nama pusat peperiksaan
Nombor pusat
Angka giliran
Lokasi tempat
Keadaan fizikal bilik/kawasan
Kenderaan
Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)
MAKLUMAT TENTANG KERTAS.
Nombor kertas
Tarikh
Masa
Sesi/Bahagian kertas
Arahan spesifik
Format
DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Sembahyang hajat
Doa keluar rumah
Doa naik kenderaan
Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
Doa apabila hati menghadapi kesedihan
Doa apabila terkena kesedihan hati
Doa aneka macam kesusahan
HARI PEPERIKSAAN
Ulang pelajaran
Tidur awal
Doa sebelum tidur
Sembahyang fardu/sunat selepas bangun
Sampai awal di pusat peperiksaan.
TEKNIK MENJAWAB
Panduan Umum
1.1 Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
1.2 Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
1.3 Tinggal dahulu soalan yang sukar
1.4 Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
1.5 Rancang jawapan (lakar jawapan)
2.Ujian Objektif
Baca arahan dengan teliti
Baca dengan cepat semua soalan dahulu
Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang
Sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue)
Baca beberapa kali
Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas"
Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul.
Baca jawapan untuk memahami soalan
Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin.
Gnakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain
Cuba teka adalah usaha terakhir
Semak jawapan
3. Ujian Karangan
Sebelum Menulis
3.1 Baca arahan dengan teliti
Baca semua soalan dengan pantas dahulu
Analisa dan tanda bahagian-bahagian atau pokok soalan yang hendak dijawab. Gariskan perkataan kunci dalam soalan dan fahamkan maksudnya.
Catat isi-isi penting di tepi soalan.
Susun isi-isi penting (panduan jawapan)
Semasa Menulis
Awasi penggunaan masa
Jawab semua bahagian soalan (jangan tertinggal)
Jawab tepat kepada kehendak soalan terutama ayat pertama.
Ikut garis panduan jawapan
Urutan jawapan secara perenggan dan nombor. Perlu ada kesinambungan.
Tulis isi yang relevan saja.
Jangan menyeleweng.
Baca sekali lagi jawapan sebelum menyerahkan kepada pengawas peperiksaan.
4. Ujian Kuantitatif ( Mata pelajaran Matematik, sains, Teknikal)
Baca arahan dengan teliti
Jawab soalan yang boleh dijawab lebih dahulu.
Balik kepada soalan yang sukar dan analisa supaya dapat sedikit isi jawapan sekurang-kurangnya.
Gunakan masa dengan baik.
Tunjukkan cara atau mendapat jawapan selain daripada jawapan akhir.
Susun atur jawapan dengan jelas.
Semak jawapan.
Tambah/betulkan apabila perlu.
Sekian.
19.8.09
Omaigod!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 je komen?:
Post a Comment